Terkini

Domes mosque Malaysia 1140x700 - Terkini

Mawaddah di Pusat Islam, Malaysia

Pada 25 Desember 2004, Pusat Islam dengan kerjasama RTM telah mengadakan Anugerah Juara Nasyid Minggu Ini bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam.

Dalam program itu Mawaddah diundang membuat persembahan pembukaan sebanyak 2 buah nasyid yang dipetik dari album Islam Hadhari. Program bermula jam 8.30 malam tetapi para peminat dan penonton mula memenuhi Dewan Muktamar Pusat Islam seawal jam 8 malam untuk membeli tiket masuk.

Berbeza dari kumpulan nasyid lain, Mawaddah tampil dengan persembahan secara live diiringi barisan percussionist Mawaddah. Program yang berlangsung selama lebih 2 jam telah dihadiri oleh beberapa orang VIP kenamaan antaranya YB Tan Sri Datuk Paduka Dr. Abdul Hamid Othman.

Mawaddah turut membuka gerai jualan pelbagai produk Mawaddah di ruang legar Dewan Muktamar tersebut.

Show Mawaddah di Singapura

Pada 24, 25, 26 Disember 2004 Mawaddah telah mengadakan show di Singapura sempena Hari Keluarga Muhammadiyah selama 3 hari. Show pada hari pertama bertemakan penghibur, manakala pada hari kedua konsert berkonsep Islam Hadhari, dan malam kemuncaknya Mawaddah tampil dengan persembahan live dan diikuti sebuah lakonan ‘Alam Barzakh’ oleh para penasyid mawaddah sendiri.

Rata-rata pengunjung yang terdiri daripada berbilang kaum, bangsa dan agama amat terhibur menyaksikan konsert live tersebut kerana sudah lama mereka tidak menyaksikan kumpulan nasyid tanah air membuat persembahan di negara mereka.
 

Laporan Mawaddah Australia.

Beberapa orang wakil dari Mawaddah Australia yang berada di Malaysia, sejak awal tahun telah balik ke negara asal mereka baru-baru ini bertujuan untuk mengadakan roadshow selama 3 bulan, di samping aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan di sana.
Sepanjang keberadaan mereka disana mereka telah mengumpulkan beberapa ahli kelab dan peminat mawaddah yang berhampiran dengan kediaman mereka, seterusnya mengadakan kelas latihan nasyid, sajak, bermain alat perkusi, tarian sufi dan lain-lain. Pada waktu pagi, mereka akan memberikan sedikit kuliah motivasi atau pengisian dan mendeklamasi sajak kepada ahli Kelab Mawaddah


Manakala, pada 1 Januari 2005 ini, Mawaddah sedang gigih membuat latihan untuk satu persembahan di Geraldton, Perth, Australia.