Kenali Mawaddah

53f620815ae8fdaea74cbd1dc09c6e59 - Kenali Mawaddah

SEJARAH PENUBUHAN MAWADDAH

Image result for islamic aesthetic

Mawaddah adalah satu division dari PERSATUAN PELAJAR TIMUR TENGAH. Persatuan ini diasaskan pada tahun 1999 di Amman, Jordan. Pada awalnya persatuan ini ditubuhkan dan dianggotai oleh pelajar-pelajar ASEAN yang pernah dan sedang belajar di universiti-universiti di Timur Tengah seperti University of Jordan, Universiti Muktah, Universiti Yarmouk, Universiti Al Ali Bayt di Jordan, Universiti Al Azhar di Mesir, University of Baghdad di Iraq dan lain-lain.

Pada awal tahun 2002 ahli-ahli jawatankuasa persatuan yang terbesar di sekitar ASEAN, Australia dan Timur Tengah ini mula mencari bakat-bakat baru dalam bidang pendidikdn dan kebudayaan dari peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa dari kalangan pelajar sekolah dan mahasiswa serta individu-individu yang berminat di samping dari kalangan anggota persatuan ini sendiri. Tenaga-tenaga tersebut diberi latihan intensif dan disatukan dalam satu kumpulan kebudayaan yang diberi nama MAWADDAH.

Pada bulan Julai 2002 Mawaddah dilancarkan sebagai salah satu division dari Persatuan Pelajar Timur Tengah di Brunei Darussalam. Bermula dari pelancaran itu, kini Mawaddah telah mengorak langkah ke peringkat antarabangsa dan mempunyai cawangan di beberapa buah Negara.

Mawaddah tidak terhad kepada nasyid semata-mata tetapi ia juga mempunyai aktiviti hiburan dan pendidikan seperti motivasi, kaunseling, teater, drama, pantomin, deklamasi sajak dan lain-lain aktiviti edutainment yang bermatlamat mendidik dan mengajak manusia untuk CINTAI TUHAN SAYANGI MANUSIA.
 
KEISTIMEWAAN MAWADDAH

Kelainan dan keistimewaan Mawaddah ini ialah:-

1. Hampir semua jentera penggeraknya adalah kanak-kanak dan remaja.

2. Tidak menonjolkan peribadi penyampainya tetapi lebih menekankan pada mesej yang disampaikan keran matlamat Mawaddah adalah untuk memperkenalkan, mempromosikan dan mengglamourkan Tuhan.

3. Mawaddah bukan satu kumpulan nasyid tunggal tetapi mempunyai 11 kumpulan nasyid iaitu kategori kanak-kanak (Mawaddah Kecil), remaja putera (Mawaddah Putera) dan remaja puteri (Mawaddah Puteri) dengan 6 album, VCD dan video klip yang telah dihasilkan.

Semua album Mawaddah yang telah diterbitkan boleh didapati di pasaran beberapa buah negara iaitu Brunei, Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Australia. Hingga bulan April 2003 penjualan album-album tersebut telah mencecah 30000 unit.
 

MAWADDAH – PERANCANGAN

Mawaddah bercita-cita untuk mengetengahkan satu model kehidupan manusia yang dapat menjadi teladan atau contoh ikutan remaja khasnya dan masyarakat amnya. Mawaddah bukan terhad sebagai sebuah kumpulan nasyid, tetapi sebuah kehidupan harian yang 24 jam masanya dalam sehari diisi dengan program hidup bersama Tuhan. Oleh itu, selain mempunyai aktiviti hiburan dan pendidikan seperti kumpulan nasyid, motivasi, kaunseling, teater, drama, pantomin, deklamasi yang disampaikan secara langsung di pentas-pentas budaya dan di tengah masyarakat, Mawaddah juga ingin mempelbagaikan lagi media penyampaian mesej hidup bersama Tuhan ini dalam bentuk drama, dokumentari, kuiz, filem da lain-lain rancangan untuk radio, televisyen, laman web, majalah dan lain-lain media cetak dan elektronik.

Semoga usaha-usaha ini dapat mencapai matlamatnya yakni membawa manusia untuk CINTA atau TAKUT pada TUHAN. Dari situ lahirlah KASIH SAYANG sesame manusia hingga terbinalah DUNIA yang aman makmur dalam keampunan Tuhan.