Rss Feed
Facebook button
Myspace button
Youtube button

ANTARA PERSEMBAHAN yang telah dijalankan adalah di Australia, Eropah, dan negara-negara Asean ie Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Sedikit petikan diari 2003 dan 2004 di Australia dan Eropah


Mawaddah Australia

• Melbourne – City Square menyambut kehadiran Mawaddah dengan suara reformasi ‘anti perang’. Alunan nasyid selama 2 jam ternyata memberi inspirasi keamanan dan keharmonian sejagat.

• Sydney – Majlis di Sheraton Hotel di hadapan PM Australia iaitu John Howard dan menteri-menteri kabinetnya. Program dianjurkan oleh Australian Federation of Islamic Council ( AFIC) dihadiri perwakilan Islam seluruh negara Australia dan perwakilan setiap agama.Suasana ‘panas’ akibat ucapan yang agak tegang berlaku apabila Presiden AFIC Dr Amier Ali menyentuh soal peperangan di Iraq, di balas pula dengan ucapan PM John Howard. Selesai ucapan Mawaddah muncul dengan lagu-lagu dari album Sayangi Tuhan. Penonton agak terpukau dengan mesej yang disampaikan Mawaddah. Di akhir majlis John Howard dan isteri telah beramah mesra dan mengambil foto bersama Mawaddah. Majlis ini telah disiarkan di seluruh stesen TV Australia.

. Di Darling Habour – menyampaikan lagu di hadapan 10 ribu penonton.

• Perth – Persembahan di sebuah dewan terkemuka menarik 600 penonton. Antara tetamu kehormat ialah Mr Edamer, Presiden Wilayah Utara Perth.

Beliau mengulas ” Saya tahu kamu bukan taliban dan militan sebab kamu boleh tonjolkan wanita di pentas”

• Canberra- Satu majlis dinner show diadakan di Dewan Canberra Islamic Centre. Lebih 1000 orang Islam hadir. Kumpulan Mawaddah telah dijemput makan tengahari di rumah kedutaan Malaysia di Australia serta membuat persembahan di hadapan kira-kira 100 tetamu dari kalangan rakyat Malaysia, Indonesia dan Brunei. Antara yang hadir ialah duta Malaysia dan duta Indonesia

• Port Hedland- Dewan Matt Dann Culture Centre.Sebelum ini ramai artis internasional membuat persembahan di sini. Poster Mawaddah telah d[[iframe]]kan seperti artis-artis lain yang telah membuat persembahan.Seramai 800 tetamu hadir kebanyakannya berkulit putih. Sambutan sangat memberangsangkan sehingga ada yang menitiskan air mata.

• Katanning-Dewan Studio Movies dengan 400 tetamu. Persembahan diserikan denagn pertunjukan Busana Muslim dari Butik Mawaddah. Program ini telah mengeratkan perpaduan masyarakat Islam dan bukan Islam setempat.

• EROPAH- Paris

Singgah di ekspo Le Bourge dalam ekspedisi promo-tour ke Eropah dan Middle East. Ekspo ini sebahagian besarnya disertai peniaga Islam pelbagai bangsa dari seluruh benua Eropah. Mawaddah telah menyanyikan pelbagai lagu dalam bahasa Melayu, Thai, Arab dan French. Hampir kesemua album mereka habis dibeli penonton, mereka telah dijemput membuat persembahan di United States dan negara-negara lain.

KOMEN PENONTON

• Saya sangat tertarik dengan lagu-lagu yang kamu bawa dan pakaian kamu sangat cantik – PM Australia John Howard

• Mawaddah datang untuk mendidik kami – Mr Edamer, Presiden Wilayah Utara Perth

• Mawaddah sungguh bagus sekali.Saya sangat suka dengan lagu yang disampaikan – Ketua Paderi Australia

• Mawaddah adalah satu contoh yang baik kepada remaja sekarang yang banyak terdedah dengan budaya Barat- Ketua Persatuan Wanita, Women Support Group, Sidney

• Suara Mawaddah masih pure, mesejnya menenangkan dan menghiburkan – Ibu Heryati, Ketua Persatuan Wanita Canberra

• Perkataan inilah yang sepatutnya digunakan oleh masyarakat dunia hari ini: Cintai Tuhan, Kasih Sesama Manusia – Mr Mark, Sound Engineer , Dewan Matt Dann Centre

• Mesej yang disampaikan di dalam persembahan ini sangat sesuai digunakan untuk keamanan dunia hari ini – Mrs Joys, guru sekolah di Port Hedland, isteri seorang paderi

• Program ini merupakan titik permulaan bagi menyatukan orang-orang Islam di Port Hedland- Mr Faizal, wakil persatuan Islam Port Hedland

• Persembahan ini sangat luar biasa, selain dapat mengingatkan kita kepada Tuhan, kerjasama yang diberikan penganjur memberi kesan kepada diri saya – Penonton di Katanning

• Konsert ini telah memperkenalkan saya mengenai budaya melayu dan agama Islam.Saya sangat terhibur dan berbesar hati kerana diundang menghadiri majlis ini – Penonton di Katanning

2 Responses so far.

  1. Aladini says:

    Asalamuailaikum mcm mn Ana mau beli cd lagu Tentera ALLAH drpd Mawaddah ini…Klu di Penang di mn wakilnya..Ana mahu beli lagu Tentera ALLAH…Command & Do from ALLAH SWT……SamiaqNa wal AtaQ Na

  2. aisyah says:

    salam alaik.. tahniah buat mawaddah… di mana blh sy dapat lirik love and care??? tq

Leave a Reply


Services

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com snowflake snowflake snowflake snowflake snowflake snowflake snowflake snowflake snowflake snowflake

Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin